Hari ini sudah terialisasi..
Gabungan 2 sahabat.
Sy tak pandai bekarya di sini. Takut di anggap menumpang popularitinya.
”Org baik adalah org yg selalu membantu org lain dlm diam” Alhamdulillah.
Mungkin ideanya nampak smooth saja. Jika berganding idea, boleh nampak lebih sedikit viewnya.
Satu yg aku respect dngn dia. Wlpn dia dah ada nama dlm Dunia bisnes tp dia x sombong sama je mcm kecik2 dlu.
Jauh sekali nak meninggi diri, ohh.. Tidak. Itulah dia.
khidmat ini bukan untuk berseronok pun, aku sangat hargai. Aku kenal dia bukan masa dia dah ada nama tp kami membesar sama2 di dlm satu Felda,aku tak sangka budak kecik ni boleh berjaya sampai ke tahap ini, hari ini.
Sangat luar biasa.
Dlu asal balik sekolah je mesti dengan air mata.. Selalu kne buli, tudung entah ke mana sbb kena tarik dngn si pembuli. Suara kuat ni bila nangis..zmn sek Rendah punya cite😂.
Tp aku suka ikut dia balik sbb dpt mkn nasi rumah dia, Mak dia baik layan kita mcm ank sendiri.
seiring kejayaan yang dia kecapi aku berbangga mempunyai sahabat seperti ini.
Begitulah kehidupan ini
Kejayaan yang dikecap hari ini bukan datang dari relung emas pun.
Yang nampak hanya senyuman dan gelak hilai sahaja.
Tapi…..
Di sebalik itu, ada sejuta kisah perit jerih yang dilalui.
Cerita ini hanyalah sebahagian kecil saja pengalaman aku dan dia. Terlalu banyak moment membesar dlm keluarga y susah dan tak perlulah dikongsikan di sini.
Sejuta kisah perjuangan,biarlah jadi nota hidup kami. Untuk diceritakan buat anak-anak ntt.
Wahai Tuhan
Terima kasih kerana mengirimkan dia ini dalam hidupku.
Usah meminta, teruskan memberi, memberi dan memberi.
Pesan aku..
Kita belajarlah usaha tanpa jemu untuk sebuah perjuangan. Jangan sembang deras hal kesusahan tanpa ada usaha yang berganda. dan kami manusia biasa. Silap itu biasa.
Mahalnya sebuah pengalaman
Hebatnya sebuah persahabatan
Terus berjuang tanpa batasan
Untuk sama-sama menuju kejayaan.
Aku
Rosfatimah Ibrahim yg lebih selesa di kenali sebagai Qiha Fareesya, hasil gabungan nama ank2.
Tq Nor Fazilah Abd Mohd..
Pengasas ASMAK.







