Dalam diri Rasulullah SAW itu dah ada contoh yang terbaik sebenarnya.
Tapi manusia selalu tersalah idola orang lain. Tak salah, apa yang salah bila kita tak letakkan Rasulullah saw sebagai idola nombor satu kita, dan menjadikan segala amalan, sikap dan contoh diri baginda sebagai keutamaan untuk diikuti.
Kita lebih selesa mengikuti dan mengagumi mereka yang nampak kaya, berjaya, mewah, tapi gagal menonjolkan imej Islam yang betul.
Memang menyedihkan masyarakat Islam pada hari ini.
Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua.
Saya sendiri setiap hari berjuang untuk kehidupan yang lebih baik.
Alhamdulillah sentiasa dipermudahkan.
Prinsip saya dari dulu mudah, biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Serah semuanya pada Dia. Dia Maha Mengetahui.
Rasulullah saw pun diuji macam-macam. Siapalah kita nak tolak ujian dan nak bertanya kenapa kita diuji?
Ujian ada 2 maksud, satu Allah sayang, satu lagi kalau berterusan adalah tu yang tak kena. Kena semak apa – apa yang tak betul. Ujian kalau berterusan itu namanya bala.
Beza ujian untuk orang yang Allah sayang dengan yang tidak.
Ada juga ujian hanyut dalam kesenangan.
“Eh kalau aku jahat aku tak senanglah dan tak kaya macam sekarang. Lagipun aku bayar zakat tau”
Qarun pun kaya.
Firaun berkuasa.
Semua itu istidraj.
Sentiasalah muhasabah diri bagi yang benar-benar mahu berubah.
Tinggalkan insan yang tak boleh ditegur.
Semoga jemaah yang kita bina akan terus kukuh dan teguh sekukuhnya empayar Islam di zaman Rasulullah saw.
Salam Maulidur Rasul
Jom banyakkan berselawat dan hayati kisah hidup beliau yang penuh ibrah.
Nfam~Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com