Asbab kena urut satu badan dengan Minyak Herba Asmak hari ini, bukan main dia tertidur petang tadi.
Ni dia baru lepas membuang pulak. Padahal baru semalam dia membuang.
Baby Surfina ni minum susu badan sepenuhnya. Jadi kadang seminggu, 10 hari dia tak buang air besar. Baby minum susu badan doktor kata 2 minggu tak membuang pun tak apa, asalkan dia selesa, tak sakit perut dan tak menangis.
Tapi sekali dia membuang memang penuhla pampers, melimpah sampai ke baju dan seluar kadang. Hehe
Ceritanya semalam baby dah membuang. Banyak macam biasa. Biasanya memang bagi mandi terus.
Hari ini lepas digunakan sebagai model urutan bayi dekat page Asmak by Mhamsb, dia membuang lagi sekali.
Urutan hari ini urutan bayi seluruh badan.
Rupanya bagus untuk bayi membuang jugak.
Memang hari-hari urut dia guna Minyak Herba Asmak sejak lahir. Jarang sangat la kembung perut atau sembelit.
Alhamdulillah. Memang Minyak Herba Asmak ni wajiblah ke mana-mana.
Kalau tak ada rasa tak lengkap.
Bila baby macam nak batuk dan selesema pun sapu, alhamdulillah tak kena. Ada sekali tu berjangkit dengan kakak dia sehari je sapu dah baik. Insya Allah guna dengan cara yang betul cepat baik.
Positif selalu dan yakin. Insya Allah berkesan.
Majoriti agen Asmak pengguna sebenarnya. Mereka jadi agen sebab berpuas hati dan nak bantu mummy lain.
Bila dapat bantu, gembiranya tu Tuhan je tahu.
Allah jadikan banyak benda sebagai asbab kesembuhan.
Kenalah berusaha.
Malah pengguna produk Asmak ramai juga di kalangan doktor dan nurse juga. Terima kasih kerana meyakini produk Asmak.
Kami pun selalu pesan pada pengguna. Jika sakit berlarutan atau ada simptom tertentu terus jumpa doktor dan ke hospital.
Kami sendiri ke hospital dan klinik tau jika perlu. Tak pernah ajar orang ajaran sesat guna produk je untuk sihat.
Tak salah kita berusaha pelbagai cara. Itu je point dia