Lepas anak keluar sekolah, kita pun keluar sekali untuk pelbagai urusan.
Satu hari dalam kereta, makan pun dalam kereta, tukar pampers baby pun dalam kereta. Tapi sebelum keluar baby wajib mandi dulu.
Sekali masa ayah dia tengah berurusan kat luar, perut lapar sangat.
Mujur ada Kerepek Pisang Pakchips ni.
Ini yang baru tau sebab pisang tanduk, sebelum ni jual yang pisang berangan. Rasa tak sama tau macam kerepek pisang biasa tu.
Ini cara baru menikmati kerepek pisang. Rasanya unik dan tersendiri. Macam makan pisang betul pun ada. Walaupun saya tak makan pisang, tapi kerepek pisang ni saya boleh makan.
Memang sangat membantu di saat kelaparan
Maklumlah bila kita menyusu badan sepenuhnya, dia punya lapar tu tak boleh nak bincang. Macam puasa rasa dia.
Nak makan nasi sambil pegang baby memang susahlah.
Tapi makan kerepek pisang ni senang je. Tu pun dia cuba juga mengacau. Tapi mak berjaya menepis gangguan. Hehe.
Tiada pengawet, tiada pewarna, tiada perisa tambahan, original semata-mata. Digoreng dan dikeringkan menggunakan teknik pengeringan vakum, jadi memang tak berminyak.
Sedapnya dapat alas perut bila travel dan kerja luar.
Ada yang tanya nak beli boleh campur ke kerepek pisang dan kerepek nangka, jawapannya boleh, tak ada masalah.
Stok terbaru ada landing lagi. Sibuk punya pasal gambar pun tak ada. Hehe.
Nanti saya senaraikan kat mana boleh dapatkan kerepek nangka ni ye.
Follow rapat Kerepek Nangka dan Nangka Madu 916.
Gambar kurang memuaskan sebab diganggu oleh suspek yang cuba merampas kerepek pisang ni dari saya. Gambar suspek akhir sekali. Kalau jumpa berhati – hatilah ye. 😁