Fb kita macam rumah kita
Jadi di rumah kita,ada peraturan dan cara kita sendiri. Tiba-tiba stranger datang dan judge kita macam2.
Inilah yang selalu berlaku.
Fb aku adalah tempat aku melontarkan pandangan,pendapat dan pengalaman aku. Jadi aku tak pernah kata apa yang aku kata tu semua betul. Nama pun pendapat. Tak semua orang sama pendapat.
Kadang-kadang aku juga ada share fakta berdasarkan apa yang aku belajar dan pengalaman aku,boleh jadi tak kena dengan tekak orang lain. Sebab kita memang berbeza dari pelbagai segi.
Jadi apa patut kita buat ni kalau terjumpa post yang kita tak sependapat ?
1. Scroll laju-laju
2. Baca,hadam dan hormati post dia,sambil cuba selidik apa yang ditulis
3. Bagi pendapat kita pula sambil kondem secara terang-terangan atau secara halus sebab kita nak orang ikut pendapat kita
Kalau aku,jumpa post yang tak berkenan,aku buat no 1. Buang masa berdebat di socmed sebab setengah orang sibuk nak menang,padahal kita bukan nak menang. Sekadar bagi pendapat,menang bukan dapat apa.
Kadang2 aku buat no 2,aku tak setuju tapi aku tak komen sebab nak hormati tukang post,sambil aku berfikir dan cuba selidik apa yang ditulis,jadi nak selamat aku elakkan dari komen.
No 3 aku akan buat kalau ianya isu besar melibatkan orang awam,umat Islam,agama dan isu2 besar lain. Yes,sebab ini tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran.
Kalau setakat pandangan aku sebagai mak2 pun nak jadikan isu,memang aku pelik bin ajaib.
Sebab siapa follow aku tahu yang kebanyakan post2 aku double meaning. Sekali baca kau faham A,tapi sebenarnya maksud dia B – yang mana tak semua orang akan faham. Post aku banyak maksud tersirat. Satu lagi aku banyak bagi hint untuk buat orang berfikir,sebab benda2 macam tu aku tak boleh tulis direct atas beberapa faktor – #yjtj
Jadi kalau kau baru baca satu post aku dan nak judge itu ini,memang silap besarlah. Sebab post aku juga saling bersangkut paut dengan post2 sebelum dan perkongsian aku di group2 underground.
Ia ibarat kau masuk rumah orang terus tengok drama episod 34,lepas tu terus komen itu ini,sedangkan kau tak tengok dari awal. Begitulah perumpamaanya.
Dengan umur aku sekarang,serius aku makin tak suka serabut dengan komen2 orang yang salah faham dengan post aku dan nak kondem pendapat aku. Sebab aku main socmed ni pun sampingan je,sambil buat kerja lain. Aku nak berkongsi dengan orang yang sefikrah dan kalau tak sefikrah pun dia jenis berfikiran terbuka dalam meraikan perbezaan,bukan jenis nak kondem tak tahu hujung pangkal.
Belum lagi yang jenis nak tunjuk pandai kat post orang. Macam dia terpaling caring la pembelajaran anak dia. Kalaulah dia tahu sebenarnya .. malas sambung
Biarlah yang tau je tau.
Satu lagi jenis yang aku perasan,dia hanya akan muncul komen bila dia ada peluang nak kondem aku. Kalau post aku yang lain dia tak komen,ada je yang dia tak suka terus komen. Fuh,power spesies ni. Tapi kesian,komen panjang2 aku delete je komen tu. Bukan susah,rumah kita kan,suka hati kita
Walaupun post public tu bukan lesen untuk orang luar nak berbuat sesuka hati kat kita.
Btw thanks pada kawan2 yang dah baca lama post aku dan kenal sikit2 aku macam mana.
Maaflah kalau aku terlebih nakal sikit kadang2 ye
Baca dengan serius ke tu?
Btw aku tak serius pun tulis. Santai2 je ni dan langsung tak ada nak marah ke apa. Bagitahu siap2 sebab tadi ada satu komen tu bunyi “ puan tak patut buat tindakan beremosi “ .. wow,dia pasang cctv ke nampak tindakan aku,tindakan yang mana satu 
Macam2 la netizen ni. Banyak nau masa. Aku lepas post dah ke mana2 buat itu ini. Malam baru aku free nak tengok balik semua. Siang tu aku baca balik komen sikit2 time free sekejap2 je.
Panjang pulak tulis. Off dulu,tengok balik jap2 lagi. Hehe
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam






