Throwback percutian 2 dalam 1 ke Johor
Disclaimer :
Percutian ini atas urusan kerja sambil bawa anak berjalan dan bukan semasa PKPB.
Waktu ini Selangor sudah kena PKPB dan kami berada di Pahang. Memandangkan tak boleh lalu ikut KL dan Selangor,kami ikut jalan alternatif iaitu Jempol sampailah ke Melaka (nak cerita detail jalan dalam ni kena tanya en suami).
Selepas selesai di Melaka,kami menuju ke Johor.
Kami menginap di Double Tree by Hilton. Antara hotel paling mahal setakat road tour kali ni pada saya.
Nak tahu jugak apa yang best.
Sebaik sampai kami diberikan biskut signature hotel ni,panas-panas lagi. Besar,kurang manis dan sedap. Puas hatilah makan. 😀
Tak pernah lagi ke mana-mana hotel dapat biskut bila check in. Hehe.
Pandai dia buat orang teringat kat dia.
Kerusi dia dekat lobi pun cantik sangat dan lain dari yang lain.
Bilik oklah, saiz lebih kurang macam kat Swiss Garden Melaka untuk bilik jenis macam ni. Cuma ruang tamu dia di tengah,siap ada dapur lagi dengan peti ais besar dan microwave.
Lagi menarik,bilik air yang besar sebab sekali dengan mesin basuh dan almari untuk simpan baju.
Setiap bilik ada tv termasuk ruang tamu,jadi semuanya tiga buah tv la.
Sebaik sampai sini baru kami tahu kolam dia tak boleh guna sebab tengah renovate. Sabar je la kan. Dia bagitahu dah maklum dekat website. Salah satu faktor yang diambil kira bila nak stay jika ada anak-anak adalah kolam yang best. Tapi bukan rezeki merekalah kat situ.
Jadi kami banyak menghabiskan masa di bilik dan kalau keluar pun cari makan. Sempatlah bungkus bubur nasi yang femes tu.
Kemudian stokis Johor ada kongsikan tempat baru namanya B5 berdepan dengan Angsana JB. Di situ ada port makan sedap,banyak makanan viral ada sekali di situ. Food truck pun ada. Not bad lah sebab macam-macam boleh rasa.
Bagi saya harga Double Tree JB ni macam overprice je. Mungkin ianya khusus untuk pelancong terutamanya dari Singapore. Sebab dari pelbagai segi macam lebih kurang hotel lain yang pernah duduk cuma adalah beberapa benda yang berbeza contohnya pemberian cookies,bantal dia yang sedap dan suasana yang esklusif.Ia juga terletak dekat pusat bandar dan nak ke beberapa buah mall pun dekat je.
Kalau makan pula ada stesyen 3 jenis makanan Melayu,Cina dan India,selebihnya lebih kurang macam makanan lain yang biasa dihidangkan.
Staf nampak terlatih dan memang profesional,sesuailah dengan bintangnya kan.
Lain kali kalau ke sini,nak cuba hotel lainlah pula.
Selesai sudah misi di Selatan,masa untuk pulang.
Dan di sinilah perjumpaan terakhir di luar negeri Pahang sebab tak lama tu kena isytihar PKPB kecuali 3 negeri.
Jadi,kita jalan-jalan dalam Pahang je la.
Jangan lupa baca post seterusnya,tentang Taman Negara Kuala Tahan.