TRAUMA ZAMAN KANAK-KANAK ADALAH PERKARA BIASA
Ramai yang tak puas hati dengan iklan raya yang tengah viral sekarang. Ada yang menganggap ianya drama biasa yang diakhiri dengan kesedihan. Tapi ada yang tak puas hati dengan salah satu watak dalam tu.
Jom kita bedah sikit.
1. Mungkin ada yang tak boleh terima,bila kita berkata tentang “childhood trauma” atau trauma semasa zaman kanak-kanak. Tak semua orang alami dan tak semua orang akan faham.
Benda ni berlaku bila masa umur kanak-kanak,dia mengalami atau menjadi saksi kejadian yang sukar dilupakan sehingga dia boleh jadi takut. Jadi trauma kanak2 bukanlah perkara biasa sebaliknya boleh menjadi titik permulaan untuk pelbagai masalah.
2. Puncanya macam-macam. Boleh jadi penderaan tak kira apa jenis,keganasan rumahtangga,kemalangan,bencana alam,kehilangan insan tersayang atau trauma berkaitan kesihatan dan perubatan. Mungkin ada yang mengalami salah satu atau lebih dari satu.
Lagi banyak trauma,lagi sukar seseorang itu hendak melalui kehidupan seperti orang lain.
3. Dalam iklan raya yang tengah viral sekarang,menyaksikan salah seorang anak yang menerima layanan pilih kasih dari ibunya sendiri. Dia selalu dimarahi dan kewujudannya seperti tidak diendahkan sedangkan layanan ibu dia pada anak2 yang lain elok sahaja. Sehinggalah akhirnya dia mendapat berita kematian tentang ibunya. Bila dah dewasa dan sewaktu babak dia di kubur,abang dia datang memberitahu yang sebenarnya ibu dia sangatlah sayang pada dia sambil menceritakan “hal sebenar”.
4. Jadi ramai mempersoalkan ;
1. Kenapa ibu dia tak tunjuk je kasih sayang pada anak tersebut?
2. Jika betul ibu dia ada childhood trauma kenapa dengan anak lain dia ok?
Anak ni sebenarnya kita kena sayang semua. Dan kena berusaha adil pada semua. Walaupun tak dapat adil 100%,paling tidak usaha untuk adil itu kena ada.
5. Saya sendiri,bila ada anak yang akan mempersoalkan sesuatu yang kadang anak sulung dapat,mereka tak dapat,saya akan bagitahu mereka,apa yang anak sulung kehilangan dulu. Anak sulunglah yang paling banyak berkorban kadang sebab baru nak bermanja dah ada adik. Dan sewaktu anak sulung,hidup kita masih susah,dan tak dapat apa yang adik2 senang dapat.
6. Jadi tak salah jika kita berikan dia penghargaan,yang orang lain pun akan dapat bila sampai masa.
Barulah mereka faham.
7. Apabila anak yang umur bawah2 tu,mereka dapat lebih banyak masa dengan mak ayah. Keadaan ekonomi dah lebih baik. Adakah mak ayah tak adil? Bukan begitu,tetapi percaturan kehidupan yang menjadikan begitu.
8. Keadaan ekonomi bertambah baik dan masa semakin banyak. Jadi dapatlah luangkan masa lebih dengan anak2. Siapa kita untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan.
9. Jadi ayat adil dengan anak2 itu sangatlah susah sebenarnya tapi boleh diusahakan. Yang penting memang tiada perasaan pilih kasih dan juga dari segi perbuatan,sebab kadang anak2 boleh rasa walaupun mulut kata sama sayang semua tapi perbuatan sebaliknya.
10. Kenapa ye ibu dalam iklan tu tak tunjuk kasih sayang pada anak tersebut? Boleh jadi ;
1. Anak itu tetap nakal walaupun dah ditegur banyak kali sehingga dia sudah kecewa dan tawar hati untuk menegur
2. Silapnya dia bila anak dah berubah,dia masih belum dapat menerima dan masih pilih kasih
3. Anak itu cerminan diri dia pada masa lalu,jadi dia melepaskan dendamnya pada anak itu tanpa dia sedar
11. Boleh jadi ibu dia juga ada childhood trauma yang dibawa sampai ke mati. Tak semua orang rawat trauma mereka sebab mereka tidak tahu cara dan membiarkannya sahaja.
12. Tapi boleh jadi juga ibunya memang pilih kasih pada anak. Kerana pada zaman ini ibu yang pilih kasih itu memang wujud.
13. Kalau anak yang dia sayang,buat salah pun tak apa. Kalau anak yang dia tak suka,buat baik pun dianggap biasa. Dengan anak yang dia sayang sanggup berhabis,dengan anak yang dianaktirikan,mereka yang kena berhabis. Dapat duit beri pada anak yang disayangi. Sampai begitu sekali pilih kasih.
14. Jangan main2 ye dengan anak yang dipilih kasih ini,kerana mereka memendam terlalu banyak perasaan.
Sampai masa mereka akan berlalu pergi dan tak kembali.
15. Aku kenal ramai orang yang menjadi mangsa ibu ayah yang pilih kasih. Ada yang memilih untuk ;
1. Bersabar dan melayani ibu bapa macam biasa
2. Ada yang bersabar dan melayani ibu bapa sekadar atas rasa menghormati
3. Ada yang cuba menjarakkan hubungan dan balik sesekali sahaja
4. Ada yang terus menjauhkan diri tak balik2.
Ini adalah kisah benar yang aku lihat sendiri.
16. Ibu ayah derhaka itu wujud. Mereka mendera emosi anak2 yang mereka pilih kasih itu sehingga mereka hidup dalam keadaan memendam perasaan sepanjang masa. Ada yang move on dan ada yang terbawa2 dalam kehidupan seharian.
17. Aku heran orang yang pilih kasih ni sebab semua pun anak mereka sendiri dan lahir dari rahim yang sama,bukan kutip dalam tong sampah. Jadi kenapa nak pilih kasih?
18. Mereka tak takut dosakah atau disoal oleh Allah nanti kerana tidak berlaku adil pada anak2?
19. Sekiranya anda menjadi mangsa ibu ayah yang pilih kasih,buatlah beberapa benda ni ;
1. Berdoa minta dengan Allah permudahkan hidup anda dan redha dengan ujian. Berdamailah dengan takdir.
2. Jika perlu dapatkan rawatan untuk merawat trauma jika tidak hidup anda selalu ada benda yang tak kena dan akan terus berlaku macam2.
3. Jarakkan diri dari toksik walaupun darah daging sendiri. Sekadar jaga hubungan supaya tidak terputus silaturahim sahaja.
4. Jalankan tanggungjawab mengikut kemampuan dan jangan memaksa diri,kerana anda perlu beri peluang juga pada anak2 “intan payung pilihan “ ibu bapa untuk berjasa juga. Takkan sayang saja2,tak reti2 nak berjasa ke? Biar ibu ayah nilai sendiri nanti. Sebab biasanya anak yang mereka sayang tu jarang yang reti nak balas jasa orang tua.
5. Hentikan cycle ini supaya anda tidak buat benda yang sama pada anak2 nanti. Berikan mereka kasih sayang dan layanan sama rata. Jangan biarkan apa yang anda lalui berlaku pada anak2 anda.
20. Aku sendiri masih terngiang-ngiang arwah ayah pernah kata “ kalau aku dah tua dan sakit nanti mesti kau takkan jaga aku “ . Sejak dia cakap macam tu aku nampak dia macam lebihkan adik aku je sebab pada dia aku tak dapat jaga dia nanti. Masa tu aku baru lepas kahwin,mungkin dia anggap anak perempuan dah kena ikut suami.
Pedih rasa bila dia cakap macam tu. Tapi aku cuba bersangka baik,mungkin dia bergurau atau tiada niat untuk menyakiti hati aku.
21. Tak apa,aku redha je. Dan aku layan dia macam biasa. Syukur Allah bagi juga peluang untuk buat apa yang patut. Tapi memang betullah adik aku yang banyak jaga dia sebab dia terlantar lama,tukarkan pampers,bagi mandi dan urusan2 lain.
22. Cuma aku tak lepas tangan. Aku mudahkan adik aku dari segi kewangan dan berikan dia peluang pekerjaan. So dia boleh fokus jaga ayah,dan aku uruskan hal2 lain. Semua kos ditanggung aku. Adillah di situ.
23. Sehingga ke akhir hayat arwah ayah pun aku sempat menjaganya buat kali terakhir,cuma saat kematian dia sahaja aku terlambat sampai ketika giliran aku menjaga. Tiada siapa menjangka dia akan pergi pagi itu.
24. Kisah arwah ayah ada aku abadikan di mukabuku. Sengaja aku jarang cerita sebab ianya satu kehilangan yang besar buat aku. Aku letak di komen ye.
Bersyukurlah jika kedua-dua keramat hidup korang masih ada. Berbaktilah sepuas-puasnya.
Kesimpulannya ; kepada yang sudah bergelar ibu bapa,berlaku adillah dengan anak sebab mereka adalah anugerah dari Allah. Jika kita sebagai orang terpenting dalam hidup mereka berlaku tidak adil,kepada siapa mereka mahu berharap?
Kepada anak yang dipilih kasih ; bersabar dan redhalah kerana Allah menguji begitu. Pasti ada hikmah-Nya. Anda mungkin kehilangan kasih sayang sebenar ibu atau bapa,tapi Allah akan berikan lebih dari itu jika anda redha. Berdoalah kerana doa orang yang dizalimi makbul. Tapi janganlah doa yang buruk2 pada orang tua. Doalah yang baik2.
Biarlah mereka buat kita,tapi kita jangan balas. Sebaliknya jadilah ibu atau bapa yang baik pada hidup orang lain. Usah diulang kesilapan orang tua. Berilah kehidupan indah pada hidup anak anda.
Supaya bila anda tiada nanti ada benda indah untuk dikenang dan ada doa ikhlas yang dititipkan buat anda. Bukan doa dari anak teraniaya yang berdoa kerana terpaksa.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
3hb April 2024